LAPORAN ADAB BELAJAR

1. Pengenalan

Laporan Adab Belajar adalah satu jenis laporan yang komprehensif dan menyeluruh dari pihak sekolah kepada ibubapa/penjaga mengenai seseorang murid. Selama ini kebanyakan sekolah hanya memberi laporan prestasi akademik dan sedikit ulasan guru kelas dan Pengetua/Guru Besar terhadap seseorang murid yang direkodkan ke dalam kad kemajuannya. Melalui ISIS, Laporan Adab Belajar akan merangkumi bahagian-bahagian seperti dalam jadual di bawah :

Bahagian Kandungan Contoh output
1.Laporan Guru Kelas 1.1 Sahsiah Klik di sini untuk melihat contoh output
  1.2 Penglibatan murid dalam kokurikulum
  1.3 Pencapaian khas
  1.4 Kehadiran dan ulasannya
2.Laporan Pengetua/ Guru Besar Dinyatakan secara umum
3. Laporan Guru Mata pelajaran 3.1 Berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh sekolah Klik di sini untuk melihat contoh output
  3.2 Pandangan umum Guru Mata pelajaran
4. Slip keputusan   Klik di sini untuk melihat contoh output

 Semua pelaporan di atas akan dieksport ke dalam dokumen Word untuk memudahkan pencetakan.

2. Langkah-langkah  menyediakan Laporan Adab Belajar

Terdapat dua kaedah  memasukkan laporan ini ke dalam pangkalan data Isis.
 

Kaedah I : ( On-line)

Guru-guru menaipkan terus laporan melalui modul yang telah disediakan di dalam perisian ISIS. Kaedah ini sesuai digunakan sekiranya pangkalan data ISIS disambungkan kepada banyak komputer klien dalam satu rangkaian ( Local Area Network ). Guru-guru boleh memasukkan maklumat pelaporan serentak dari terminal-terminal yang berasingan.


 Untuk memudahkan pengisian laporan, mereka boleh menyediakan 'glossary' pelaporan melalui modul yang disediakan dan hanya perlu memilih pelaporan-pelaporan yang tedapat dalam 'glossary' . Oleh itu guru-guru tidak perlu menaipkan ayat yang serupa setiap kali menyediakan laporan kepada pelajar yang berlainan tetapi mempunyai kategori pencapaian yang hampir serupa. 'Glossary' ini bolehlah dianggap sebagai satu bank laporan yang mana bilangannya akan berkembang dari masa ke semasa.

 

Sewaktu menyediakan laporan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan pelajar tersebut akan dipaparkan. Maklumat-maklumat yang boleh dipaparkan adalah :

Kaedah 2, (Off-line)

Kaedah ini sesuai digunakan untuk sekolah-sekolah yang belum mempunyai Local Area Network (LAN). Melalui kaedah ini, ISIS akan menyediakan dokumen word kosong kepada setiap guru kelas (klik di sini untuk contoh ) atau guru subjek ( klik di sini untuk contoh)  yang boleh dipindahkan ke dalam disket. Guru-guru kemudiannya boleh mengisi maklumat-maklumat yang berkaitan melalui disket melalui mana-mana komputer samada di sekolah atau di rumah. Setelah selesai, ISIS akan menyedut semula maklumat-maklumat yang telah ditaipkan ke dalam disket untuk mengemaskini maklumat pangkalan data utama ISIS.